Tuesday, 19 August 2014

EJEN PEMBANTU RUMAH



SUDAH DELAPAN tahun pembantu rumah (baca bibik) saya itu bertugas di rumah saya. Setiap dua tahun bibik saya ini akan bercuti selama sebulan ke kampungnya di Palembang, Sumatera. Dan tahun ini beliau sudah menyatakan hasrat tidak akan menyambung tugas sebagai pembantu rumah saya lagi. Go home for good, katanya.

Jadi, saya sudah ke hulu dan ke hilir mencari ejen-ejen yang baru yang boleh mendapatkan pembantu rumah indonesia. Akhirnya, bulan lepas bibik saya sudah memberikan saya nombor telefon seorang ejen yang berjanji boleh membawa masuk pembantu rumah pada bulan November nanti.

Nota lalat 1. Atas desakan semasa, saya pun telah menyalurkan separuh daripada wang keseluruhan pada 18.8.14 menggunakan WU.

Semoga dipermudahkan urusan ini ya Allah.

1 comment:

Salam. Ini bukan blog langau. Sila komen secara berhemah.