Thursday, 31 July 2014

NEPHELIUM LAPPACEUM, NEPHELIUM MUTABILE



Hariraya pertama kelmarin, usai menziarah pusara bonda, saya terus menziarah ayahnda yg uzur di Pekan Nenas. Saya limpas (lalu) depan kebun saya yang sekangkang kera itu. Saya lihat pokok-pokok rambutan saya sedang lebat berbuah, tetapi saya tidak singgah dan saya bercadang datang lagi pada keesokannya.

Tetapi keesokannya (hariraya kedua) saya tidak dapat meneruskan hajat saya hendak memetik buah-buahan tersebut kerana hujan pun turun dengan lebatnya. Jadi, saya datang lagi pada hari ketiga (semalam).

Alhamdulillah, pokok buah-buahan yang saya tanam beberapa tahun yang lepas telah mengeluarkan hasilnya. Pokok rambutan (Nephelium Lappceium) yang merah dan kuning dan juga pokok buah pulasan (Nephelium Mutabile) yang lebat buahnya telah saya petik. Walaupun begitu, saya dihalangi untuk mengambil lebih banyak buah rambutan kerana serangga kerengga (Oecoephylla smaradgina, dalam Bahasa Inggeris - weaver ants) telah menyerang saya.

Sebenarnya dua minggu lepas, anak saudara saya yang tinggal bertentangan dengan kebun saya itu ada memberitahu untuk memetik buah durian (Durio Zibethinus Murr) tetapi saya tidak berkesempatan pula.









1 comment:

Salam. Ini bukan blog langau. Sila komen secara berhemah.