Thursday, 31 October 2013

POORLY WRITTEN CODE



SEMALAM saya sudah menelefon dan bertanya tentang hadiah peraduan fotografi HPM. Anak lelaki saya telah memenangi hadiah saguhati. Walaupun telah tertera didalam laman sosial FB HPM bahawa mereka telah menghantar hadiah-hadiah hydroflask, tetapi sehingga sekarang saya masih belum menerimanya.

Jadi, hari ini saya telah mendapat balasan FB mengatakan hadiah tersebut telah dihantar ke sekolah anak lelaki saya tetapi telah dikembalikan semula. Jadi saya telah memberikan mereka alamat rumah supaya mereka boleh terus mengirim semula hadiah tersebut.

Begitu juga dengan hadiah kamera dslr dari Energizer atas nama anak lelaki saya yg sulung pula. Sudah lebih sebulan masih tidak menerima hadiah tersebut. Dipendekkan cerita, setelah saya mengadu dan mereka telah membuat siasatan dan telahpun menghantar hadiah kamera tersebut ke ejen mereka di Senai, Johor pada hari ini juga.

Walaupun begitu saya mendapat berita gembira sebab baru saja diberitahu oleh Nestle Nescafe Ipoh White Coffee telah memenangi mini iPad. Alhamdulillah.

Nota lalat. Pasal peraduan Cocoaland Lot100 (gambar diatas) saya telah membuat komplen tentang mutu printing kod yg dicetak pd pembalut. Mereka dapat menerima komplen saya dan memberikan 2 nombor kod yg baharu.

No comments:

Post a Comment

Salam. Ini bukan blog langau. Sila komen secara berhemah.