Thursday, 31 October 2013

POORLY WRITTEN CODE



SEMALAM saya sudah menelefon dan bertanya tentang hadiah peraduan fotografi HPM. Anak lelaki saya telah memenangi hadiah saguhati. Walaupun telah tertera didalam laman sosial FB HPM bahawa mereka telah menghantar hadiah-hadiah hydroflask, tetapi sehingga sekarang saya masih belum menerimanya.

Jadi, hari ini saya telah mendapat balasan FB mengatakan hadiah tersebut telah dihantar ke sekolah anak lelaki saya tetapi telah dikembalikan semula. Jadi saya telah memberikan mereka alamat rumah supaya mereka boleh terus mengirim semula hadiah tersebut.

Begitu juga dengan hadiah kamera dslr dari Energizer atas nama anak lelaki saya yg sulung pula. Sudah lebih sebulan masih tidak menerima hadiah tersebut. Dipendekkan cerita, setelah saya mengadu dan mereka telah membuat siasatan dan telahpun menghantar hadiah kamera tersebut ke ejen mereka di Senai, Johor pada hari ini juga.

Walaupun begitu saya mendapat berita gembira sebab baru saja diberitahu oleh Nestle Nescafe Ipoh White Coffee telah memenangi mini iPad. Alhamdulillah.

Nota lalat. Pasal peraduan Cocoaland Lot100 (gambar diatas) saya telah membuat komplen tentang mutu printing kod yg dicetak pd pembalut. Mereka dapat menerima komplen saya dan memberikan 2 nombor kod yg baharu.

Wednesday, 30 October 2013

GIANT TAMPOI



SETAKAT ini tiada panggilan telefon dari peraduan Nestle Bonanza atau Milo lagi.

Tuesday, 29 October 2013

CANON, NIKON



ISNIN semalam saya telah pergi ke Menara PKNS untuk membaiki kamera yg rosak. Mula-mula agak keliru jugak mencari bangunan menara kerana tiada logo atau tulisan pada bangunan.

Monday, 28 October 2013

LONTONG MASAI



AHAD semalam saya ingat hendak pergi ke pasaraya Mydin di Jalan Tun Perak, tapi bila saya memandu hingga ke Jalan P Ramlee berdekatan Menara Kuala Lumpur saya berubah haluan. Saya pergi ke pasaraya Mydin di Taman Pandan Utama pula.

Sunday, 27 October 2013

OLD TOWN WHITE COFFEE



SABTU semalam saya sudah serahkan dokumen2 penting untuk permohonan visa di pejabat ejen pelancongan.

Saturday, 26 October 2013

81750 MASAI



JUMAAT hari yang agak sibuk juga di pejabat seperti biasa.

Friday, 25 October 2013

AIRPORT KFC



KHAMIS yg biasa sahaja dengan tugasan kerja dipejabat yg agak sibuk.

Dan saya sempat juga memandu uji di tengahari yg panas Proton Saga FLX di Bilik Pameran Proton Jalan Chan Sow Lin.

Thursday, 24 October 2013

JALAN SEMARAK



ALHAMDULILLAH, saya sudah selesai membayar habis hutang pinjaman bank dengan membayar baki RM91 di Public Bank Kampung Attap semalam. Sudah 7 tahun saya menggunakan kereta cikputih saya itu.

Wednesday, 23 October 2013

Tuesday, 22 October 2013

NESTLE ICE CREAM DRUMSTICK



SEMALAM adalah hari Isnin yg biasa sahaja. Saya telah pergi ke Pejabat Pos Ampang Park untuk mengirim kotak rekabentuk pada pelanggan anak perempuan saya di Kelantan. Saya menggunakan perkhidmatan poslaju.

Monday, 21 October 2013

60 HARI PANDU & MENANG



SABTU semalam saya sudah memandu uji kereta Proton Suprima yg baharu dan juga kereta Proton Satria Neo. Saya pandu uji di pusat pameran dan jualan kereta Proton di Plentong sahaja.

Sunday, 20 October 2013

MILO DELIVERED TO SUMATERA



MINGGU lepas pembantu rumah saya sudah memberitahu ingin menghantar bungkusan ke kampung halamannya.

Belum sempat saya berbuat apa-apa, beliau sudah menelefon ejen Penghantar Barangan atau dikenali sebagai Jasa Paket Indonesia (JPI) menguruskannya. Saya tinggal bayar kos sahaja.

Saturday, 19 October 2013

SENAI AIRPORT



PAGI tadi saya telah menghantar anak dara saya pulang ke asramanya. Keadaan di terminal Lapangan Terbang Senai amatlah lengang.

Friday, 18 October 2013

MYDIN



HARI ini sudah hari Jumaat.

Thursday, 17 October 2013

MANISNYA MADU LAH SANGAT



HARI Rabu semalam saya bercuti dan tidak bertugas.

Wednesday, 16 October 2013

DANGA CITY MALL



SEMALAM hariraya haji. Saya bersolat sunat aidiladha di masjid nurulHuda Seri Alam.

Pagi semalam selepas solat sunat saya bepergian ke AEON Permas Jaya, AEON Bukit Indah, AEON Taman Universiti dan AEON Tebrau City.

Tuesday, 15 October 2013

AFTER THE HAIRCUT



ISNIN saya cuti kerana esok adalah Hariraya AidilAdha.

Aktiviti pagi tadi ialah seperti berikut.
  1. Pusat Islam Iskandar untuk mengesahkan sijil nikah.
  2. Tabung Haji Larkin untuk pemindahan wang ke Maybank.
  3. Danga City Mall untuk mencari tudung.
  4. Jotic untuk suntikan meningitis tapi klinik tutup.
  5. Pesuruhjaya Sumpah Jalan Dhoby untuk pengesahan permohonan MRSM.




Monday, 14 October 2013

SALMON STEAK



SABTU pagi saya telah ke tiga pasaraya Giants di Tampoi, Taman Sutera dan Leisure Mall di Taman Pelangi.

Sunday, 13 October 2013

MILO 400GM



TIDAK semua barang-barang kegunaan harian termurah di pasaraya Giant seperti yg diwar-warkan.

Saturday, 12 October 2013

CUTI RAYA HAJI



MALAM Khamis semalam anak dara saya baru tiba dari Kota Bharu menaiki kapalterbang Air Asia dan turun di LCCT Sepang. Saya mengambilnya pada tengah malam.

Hari Jumaat ini saya cuti disebelah petang.

Friday, 11 October 2013

FEVER FRENZY II



HARI Khamis yg agak sibuk dgn tugasan pejabat juga.

Thursday, 10 October 2013

XPDC PUNCAK ASEAN



SAYA sudah lama bercadang hendak mendaki Gunung Kinabalu. Semalam saya sudah menerima jadual keberangkatan untuk ekspedisi tahun hadapan.

Berikut adalah sebagai rujukan sahaja.


  1. Hanis Zalikha 
  2. Jom Pi Jalan
  3. The Life Journey 

Wednesday, 9 October 2013

SAYA NAK MENANG RM2.6 JUTA



KELMARIN pada hari Isnin saya telah terima satu panggilan yg saya tidak sempat untuk menjawab. Bila saya telefon semula ianya adalah dari syarikat Nestle. Saya berasa sungguh kecewa.

Tuesday, 8 October 2013

NESCAFE SPOON



HARI ISNIN yg biasa sahaja dengan tugas kerja saya dipejabat yg agak sibuk.

Akhirnya saya dapat menjual kamera DSLR Canon Eos saya kepada rakan sekerja. Ini adalah kamera DSLR kedua yg saya jual dan kebetulan kedua-dua rakan pembeli saya itu ialah seorang duda dan bekas duda.

Monday, 7 October 2013

MY WIFE'S BIRTHDAY



4HB OKTOBER yg lepas adalah harijadi isteri saya.

Saya cuma belikan kek harijadi dah cincin belah rotan. Dan tidak lupa membawa beliau makan piza sahaja.

Sunday, 6 October 2013

LENGLUI



PAGI tadi saya pergi ke stesen bas Larkin untuk membeli peralatan umrah nanti. InsyaAllah.

Saturday, 5 October 2013

PINK OCTOBER



WALAUPUN hari Jumaat juga adalah hari yg sibuk dengan kerja dan tugas-tugas di pejabat, saya sempat lagi pergi ke Alamanda.



Friday, 4 October 2013

MY BLACK SOFA



HARI Khamis yg agak sibuk untuk kerja-kerja di pejabat saya.

Tapi saya sempat lagi ke pejabat NST Jalan Riong, Bangsar.

Thursday, 3 October 2013

SUNGAI KLANG RIVER OF LIFE



HARI Rabu yg biasa saja bagi saya kerana kesibukan menguruskan kerja-kerja di pejabat.

Wednesday, 2 October 2013

MY SICK FATHER



TENGAHARI semalam saya sudah pergi mengambil hadiah kamera di 3 Two Square, Petaling Jaya.

Petang pula saya menghantar beg kamera ke Taman Greenwood kerana ada peminat fotografi yg mahu melihatnya dahulu.

Tuesday, 1 October 2013

POS AMPANG PARK



TADI malam saya pergi ke Pejabat Pos Kelana Jaya, tetapi kotak peti surat yg bertanda 'Selangor Sahaja' di luar pejabat pos itu sudah penuh. Jadi, saya masukkan surat-surat saya ke peti surat yg bertanda 'Tempat-tempat Lain' pula.

Dan waktu urusniaga di pejabat pos Ampang Park ialah dari pukul 10pagi hingga 6 petang (Isnin - Sabtu).