Tuesday, 3 September 2013

FAST FOOD



HARI Isnin yg agak sibuk juga dengan urusan kerja.

Pagi semalam saya sudah keluar mencari bangunan menara Yayasan Tun Razak. Mula-mula saya sudah periksa dalam Google Maps. Jadi dari pejabat saya di Ampang Park, saya melalui Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Pinang dan masuk ke Jalan Bukit Bintang.

Kerana keyakinan saya, maka saya masuk ke Menara yg selalu saya lihat bila melalui Jalan Bukit Bintang. Tanpa bertanya kepada pekerja keselamatan yg bertugas, saya terus minta pas pelawat dan naik lif ke tingkat 10. Tapi sungguh saya kecewa kerana saya memasuki bangunan yg salah, iaitu Menara Worldwide. Saya terpaksa turun lif kembali dan berjalan keluar ke bangunan Menara Yayasan Tun Razak yg terletak bersebelahan sahaja.

Dan ini adalah entri ke 100 (seratus sahaja) saya dalam blog 3lalat yg ini.

No comments:

Post a Comment

Salam. Ini bukan blog langau. Sila komen secara berhemah.