Saturday, 14 September 2013

A LESSON NEVER LEARNED




ANAK DARA saya akan bercuti sempena cuti panjang Raya Haji nanti. Jadi, tadi malam saya telah membelikannya tiket dari 2 penerbangan tambang murah yg berbeza.

Dari Kota Bharu, saya belikan tiket Air Asia dan akan mendarat di lapangan terbang LCCT Sepang. Air Asia tiada penerbangan dari Kota Bharu ke Johor Bharu. Harga tiket ialah RM&&.

Manakala, penerbangan pulang pula saya belikan tiket Fire Fly dari Johor Bharu. Harga tiket ialah RM!%*. Dan Fire Fly tiada penerbangan dari Kota Bharu ke Johor Bahru pada tarikh anak dara saya akan mula bercuti pula. Sebab itu saya belikan tiket Air Asia dan turun di LCCT.

Tapi malangnya, bila saya memberitahu isteri saya, tarikh penerbangan pulang itu jatuh pada hari Isnin, sehari sebelum hariraya haji tiba. Dan hari Isnin tersebut telah dipenuhi dengan pelbagai jadual yg isteri saya rancang sejak sekian lama. Dipendekkan cerita, saya pun menukar tarikh tersebut sehari sebelum tarikh penerbangan yg asal. Harap-harap tiada kesilapan lagi selepas ini.

No comments:

Post a Comment

Salam. Ini bukan blog langau. Sila komen secara berhemah.