Wednesday, 4 September 2013

101: POS LAJU


SIANG tadi saya sudah pergi ke Pejabat Pos di Ampang Park, dan bersedia untuk menghantar bungkusan kepada kawan saya di Kota Bharu. Tetapi bila saya hendak mengepos bungkusan itu, saya telah bertanya tentang insuran yg mana pejabat pos tidak mempunyai perkhidmatan. Saya disarankan ke kaunter pusat Pos Laju di Brickfields.

Bila saya tiba di pejabat Pos Laju Jalan Tun Sambathan, saya tertarik dengan kotak prabayar RM13. Jadi saya telah membeli dan memasukkan bungkusan saya kedalam kotak itu. Tiba-tiba saya teringat untuk memasukkan insuran sekali tetapi kerana bertugas dikaunter itu beritahu bahawa saya terpaksa bayar harga yg berlainan pula.

Dipendekkan cerita, saya telah selesai membayar kadar penghantaran bungkusan sebanyak RM@# termasuk insuran.

Nota lalat terkini. Bungkusan pos laju yg saya hantar semalam sudahpun diterima oleh rakan saya itu.

No comments:

Post a Comment

Salam. Ini bukan blog langau. Sila komen secara berhemah.