Monday, 30 September 2013

COOLPIX IMAGE



SAYA memandu pulang ke rumah saya di Ampang pagi Ahad semalam. Saya tiba di rumah saya pun baru pukul 10.00 pagi. Saya telah dijemput hadir untuk majlis penyampaian hadiah pertandingan fotografi Sungai Klang River Of Life.

Gambar atas adalah pemandangan matahari terbenam dari beranda rumah saya yg saya tangkap dari kamera baru saya terima. Kamera berjenama Nikon Coolpix S01 yg bersaiz kecil, lebih kecil dari saiz kad kredit.


Sunday, 29 September 2013

STADIUM TAMAN DAYA



HARI Sabtu yg bercelaru juga bagi saya kerenah adik perempuan saya di kampung.

Sempat jugalah saya singgah mengambil gambar perlawanan hoki Piala Sultan Johor semasa pulang ke rumah.

Saturday, 28 September 2013

SABUN SUSU KAMBING



HARI Jumaat yg buat saya bercelaru.

Friday, 27 September 2013

CHEAPER MILO



SAYA baru mula mengkaji harga Milo di Bukit Belacan ialah RM31.90 untuk 2 kg. Harga pek Milo yg sama di Sungai Besar pula lagi mahal RM2.

Thursday, 26 September 2013

NEW BATTERY



SUDAH lebih sebulan motor skuter saya tidak boleh dimulakan enjinnya dengan pemicit pada pemulas minyak. Saya terpaksa menggunakan pemula kaki pula.

Lagipun saya rasa baru saja menukar 'charger' tapi masih bermasalah.

Dipendekkan cerita, saya sudah menghantar motor skuter saya itu ke bengkel motor di jalan Semarak. Nyonya kedai suruh tukar saja baterinya dan selepas ditukar motor skuter saya boleh dimulakan enjinnya seperti sedia kala.

Wednesday, 25 September 2013

PUBLIC BANK



SEMALAM pagi saya telah pergi ke bangunan Public Bank Jalan Yap Kwan Seng. Tujuan utaman saya ialah hendak menamatkan perkhidmatan kad kredit saya.

Sambil itu, saya sempat lagi bertanyakan tentang jumlah wang pembayaran terakhir kereta cikputih saya yg akan tamat pinjamannya pada bulan November nanti. Jumlahnya ialah RM@#$).00.


Tuesday, 24 September 2013

WHO LETS THE DOG OUT



HARI Isnin yg agak sibuk juga.

Pagi semalam kakak sekretariat jabatan saya sudah bertanya samada saya hendak memulakan kerja setiap hari pada pukul 8.00, 8.15 atau 8.30. Saya pilih pukul 8.00 walaupun saya selalu datang awal pukul 7.07pagi.

Monday, 23 September 2013

TAMAN MOLEK

SEPERTI biasa saya ke Bank Standard Chartered Taman Molek untuk membayar hutang pinjaman rumah saya. Selepas itu saya ke Jalan Rosemerah Taman Johor Jaya dan Plentong sahaja.

Sunday, 22 September 2013

MASJID KAMPUNG MELAYU, KLUANG




DARI pagi saya mulakan perjalanan ke Batu Pahat seorang diri melalui Lebuhraya Pasir Gudang dan saya masuk ke Lebuhraya Plus. Tapi saya keluar dari lebuhraya di persimpangan Senai Skudai mengikut jalan lama ke pekan Sayong dan bandar Tenggara dan terus ke bandar Kluang. Saya tiba di bandar Batu Pahat pada waktu tengahari.

Saya pulang menggunakan jalanraya persekutuan lama melimpasi pekan Rengit, Senggarang, Benut, dan bandar Pontian.

Saturday, 21 September 2013

LENGLUI



HARI Jumaat yg tiada apa-apa yg menarik untuk dicerita.

Menunggu keputusan peraduan Energizer Max dan Nestle Bonanza yg tak kunjung tiba. Tapi bila keputusan sudah tersiar, nama saya tiada muncul pula.

Nota lalat. Energizer Max hingga Week 9. Manakala Nestle Bonanza hingga 9hb September saja.

Friday, 20 September 2013

MY JOB



MINGGU lepas saya telah mendapat komputer peribadi di pejabat yg baru sebagai pengganti komputer yg lama.

Semalam (Rabu) rakan designer saya telah meminta untuk saya men'setting' software PDMS dan ini cara aturan tugasan saya.

1. Install PDMS 12 SP6 dari CD yg asli. Minta dari lead PDMS Administrator. Tapi perlukan access right dalam pc beliau, minta dari pekerja IT.
2. Install Flexman dari CD yg asli juga. Juga minta access right dari pekerja IT.
3. Setup dan configure FlexmanConfig dan taip - 744@pdms_server.
4. Berikan access right dalam folder pdms_server. Tidak perlu minta kebenaran dari pekerja IT.
5. Tiru fail dari komputer saya. Fail-fail yg perlu ditiru (copy) ialah evars-BRE.bat dan juga pdms-BRE.bat

Thursday, 19 September 2013

WARMING UP



TENGAHARI tadi selepas terlelap sebentar diatas meja saya terus memanaskan enjin kereta cikputih. Saya memandu menyusuri Jalan Ampang untuk mengisi minyak Ron95.

Saya sempat singgah juga di kedai 7 eleven.

Cerita lalat lain. Sejak saya menyertai peraduan akhir-akhir ini, nama Badiuzzaman amatlah terkenal. Tiba-tiba saja ada jiran saya juga bernama yg sama.

Wednesday, 18 September 2013

CIMB MOVED OUT



HARI ini saya sudah terima gaji dari majikan saya. Saya terima cek peribadi.

Seperti biasa saya sudah pergi ke bank CIMB di Menara PNB itu. Tapi bila saya sampai baru saya tahu bank tersebut sudah berpindah ke Menara Binjai yg berhadapan dengan Ampang Park.

Tuesday, 17 September 2013

HARI MALAYSIA



HARI semalam hari Isnin dan hari cuti sempena Hari Malaysia.

Tiada aktiviti yg menarik yg saya lakukan semalam, kecuali saya pergi ke pasaraya Kipmart. Saya beli barang-barang dapur yg basah seperti ikan, ayam, daging serta buah-buahan seperti buah durian, pulasan dan duku langsat.

Monday, 16 September 2013

SHIITAKE MUSHROOM



SEMALAM saya sudah menunggu ejen penjual filter Diamond yg berjanji hendak datang ke rumah saya pukul 11 pagi. Tapi hingga pukul 11.20pagi masih tidak muncul dan saya menelefon beliau. Seperti yg saya jangka memang beliau terlupa yg beliau sangka temujanji pukul 2 petang. Dan beliau pun bergegas ke rumah saya walaupun pukul 12.30 tengahari baru tiba dalam hujan lebat.

Selepas itu saya pergi ke Tesco Tebrau dan bila saya hendak masuk ke tempat parkir Jaya Jusco Tebrau saya lihat ramai pula kereta yg kesana. Jadi saya beralih arah ke Jaya Jusco Bukit Indah pula.

Sunday, 15 September 2013

SAUJANA SEAFOOD



SEMALAM petang saya sudah pergi ke restoran makanan laut Saujana. Agak lama juga saya tidak ke sana.

Harga lalat. RM!^@.




Saturday, 14 September 2013

A LESSON NEVER LEARNED




ANAK DARA saya akan bercuti sempena cuti panjang Raya Haji nanti. Jadi, tadi malam saya telah membelikannya tiket dari 2 penerbangan tambang murah yg berbeza.

Dari Kota Bharu, saya belikan tiket Air Asia dan akan mendarat di lapangan terbang LCCT Sepang. Air Asia tiada penerbangan dari Kota Bharu ke Johor Bharu. Harga tiket ialah RM&&.

Manakala, penerbangan pulang pula saya belikan tiket Fire Fly dari Johor Bharu. Harga tiket ialah RM!%*. Dan Fire Fly tiada penerbangan dari Kota Bharu ke Johor Bahru pada tarikh anak dara saya akan mula bercuti pula. Sebab itu saya belikan tiket Air Asia dan turun di LCCT.

Tapi malangnya, bila saya memberitahu isteri saya, tarikh penerbangan pulang itu jatuh pada hari Isnin, sehari sebelum hariraya haji tiba. Dan hari Isnin tersebut telah dipenuhi dengan pelbagai jadual yg isteri saya rancang sejak sekian lama. Dipendekkan cerita, saya pun menukar tarikh tersebut sehari sebelum tarikh penerbangan yg asal. Harap-harap tiada kesilapan lagi selepas ini.

Friday, 13 September 2013

FRIDAY THE 13TH



BIASANYA majalah fotografi Digital Camera Magazines (DCM) akan terbit bersama-sama dengan majalah Dunia Kamera sekali sebab mereka dari syarikat penerbitan yg sama. Kedua-duanya akan terbit pada pertengahan bulan, iaitu 15hb setiap bulan.

Tapi minggu ini majalah DCM telah berada dipasaran awal, iaitu pada hari Isnin (9hb September) dan saya perhatikan iklan Dunia Kamera yg tiada menunjukkan gambar mukadepan terkini.

Petang tadi (Khamis) saya baru dapat status dari FB Dunia Kamera yg mereka baru saja memasarkan majalah tersebut. Tapi bila saya pergi ke kedai mamak di Ampang Park itu masih belum kelihatan. Mungkin esok pagi agaknya, kata hati saya.

Thursday, 12 September 2013

PSYCHO



SIANG tadi tiba-tiba ada seorang pemanggil menelefon menggunakan telefon pejabat saya. Mula-mula saya ingatkan rakan sekerja ingin bertanya tentang tugas dipejabat. TEtapi beliau hanya mahu berseloroh dan mahu berjumpa dengan saya. Dan saya tidak melayan beliau kerana saya tidak kenal beliau, walaupun beliau yg kenal saya.

Saya berasa tidak tenteram sehingga sekarang.

Wednesday, 11 September 2013

JEALOUSY




SEMALAM adalah kakak satu pejabat saya ini tiba-tiba datang bertanya pada saya macamana hendak mengisi dan menjawab soalan peraduan bateri Energizer pula. Itu hari beliau sudah memerli saya kerana saya menyalin borang-borang peraduan menggunakan mesin fotostat pejabat.

Tuesday, 10 September 2013

MY NEW PC



HARI Isnin tadi pekerja Jabatan Teknologi Maklumat (IS) telah menukar komputer peribadi saya kepada yg lebih baru. Dari pagi tadi saya telah menyalin fail-fail peribadi dari komputer lama kepada hardisk luaran saya.

Tetapi bila saya guna komputer peribadi baru ini, saya terpaksa meng'install' kembali program dan software lama. Masalahnya saya perlukan 'admin access' untuk meng'install'nya juga.

Monday, 9 September 2013

MECHANICAL VALVE



HARI Ahad yg saya berasa amat letih juga. Walaupun begitu, sempat lagi saya melayan pembaikpulih paip untuk memperbaiki air yg agak perlahan di dalam bilik mandi utama.

Dan selepas itu saya sempat lagi ke pasaraya Tesco Extra Tebrau untuk berbelanja mingguan.

Sunday, 8 September 2013

HARI KEBUDAYAAN CINA



HARI Sabtu yg agak sibuk bagi saya. Pagi2 tadi saya sudah menghantar kereta cikBibah Pepel untuk menjalani pemeriksaan servis major juga. Kena bayar RM#$#.



Saturday, 7 September 2013

C200K



SEMALAM hari Jumaat yg biasa saja.

Friday, 6 September 2013

SURAU TABUNG HAJI



TENGAHARI tadi semasa saya hendak menambah air minuman dalam cawan saya, saya tiba-tiba melanggar Pengurus Projek yg baru keluar dari jabatan bersebelahan. Habis basah seluar kerjanya. Saya berasa amat dukacita.

Thursday, 5 September 2013

CUT AND PASTE



HARI ini saya hendak membeli beberapa barang di pasaraya. Antara barang-barang tersebut ialah sampul surat, stem 80 sen, gunting besar, pisau bilah, penanda dalam fail, dan pembuka tin. Tetapi stem hanya boleh dibeli di kaunter pejabat sahaja.

Dipendekkan cerita, saya sudah pun membelinya di kedai alatulis Bukit Indah, kecuali stem 80 sen.

Wednesday, 4 September 2013

101: POS LAJU


SIANG tadi saya sudah pergi ke Pejabat Pos di Ampang Park, dan bersedia untuk menghantar bungkusan kepada kawan saya di Kota Bharu. Tetapi bila saya hendak mengepos bungkusan itu, saya telah bertanya tentang insuran yg mana pejabat pos tidak mempunyai perkhidmatan. Saya disarankan ke kaunter pusat Pos Laju di Brickfields.

Bila saya tiba di pejabat Pos Laju Jalan Tun Sambathan, saya tertarik dengan kotak prabayar RM13. Jadi saya telah membeli dan memasukkan bungkusan saya kedalam kotak itu. Tiba-tiba saya teringat untuk memasukkan insuran sekali tetapi kerana bertugas dikaunter itu beritahu bahawa saya terpaksa bayar harga yg berlainan pula.

Dipendekkan cerita, saya telah selesai membayar kadar penghantaran bungkusan sebanyak RM@# termasuk insuran.

Nota lalat terkini. Bungkusan pos laju yg saya hantar semalam sudahpun diterima oleh rakan saya itu.

Tuesday, 3 September 2013

FAST FOOD



HARI Isnin yg agak sibuk juga dengan urusan kerja.

Pagi semalam saya sudah keluar mencari bangunan menara Yayasan Tun Razak. Mula-mula saya sudah periksa dalam Google Maps. Jadi dari pejabat saya di Ampang Park, saya melalui Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Pinang dan masuk ke Jalan Bukit Bintang.

Kerana keyakinan saya, maka saya masuk ke Menara yg selalu saya lihat bila melalui Jalan Bukit Bintang. Tanpa bertanya kepada pekerja keselamatan yg bertugas, saya terus minta pas pelawat dan naik lif ke tingkat 10. Tapi sungguh saya kecewa kerana saya memasuki bangunan yg salah, iaitu Menara Worldwide. Saya terpaksa turun lif kembali dan berjalan keluar ke bangunan Menara Yayasan Tun Razak yg terletak bersebelahan sahaja.

Dan ini adalah entri ke 100 (seratus sahaja) saya dalam blog 3lalat yg ini.

Monday, 2 September 2013

ELYSIUM, ANISOFEA



PAGI tadi saya sudah menonton wayang cerita Elysium di pawagam TGV Tebrau. Cerita aksi yg biasa2 saja pada pandangan saya.

Tapi saya terkesan dengan 2 iklan Hari Kebangsaan sebelum cerita bermula. Dan lagi membuat perasaan dan suasana terkesan juga kerana terpaksa berdiri dengan penonton lain apabila lagu Negaraku berkumandang di layar perak.

Sunday, 1 September 2013

BERAYA RUMAH ABANG SULONG



SEMALAM hari Sabtu saya sudah memandu ke Melaka dengan cikPuan Jnulekasnova. Perjalanan yg mengambil masa 2 jam setengah.

Selepas melawat pameran di bangunan Bastion, Melaka, saya terus memandu ke Felda Simpang Waha, kerumah abang sulong saya untuk beraya kerana sudah dijemput oleh kakak ipar saya pada minggu lepas lagi.