Friday, 23 August 2013

MAYBANK ATM CARD



HENDAK dijadikan cerita lalat, semalam petang saya cuba mengeluarkan wang dari mesin ATM di stesen minyak Caltex Bukit Indah Ampang. Saya tengok kad Maybank saya memang sudah rosak, patah dan jalur elektroniknya pun sudah terbarai. Tapi saya cuba juga cucuk ke dalam slot mesin tersebut. Dan seperti yg saya jangka, mesin tersebut tidak boleh membaca kad ATM saya. Saya jadi panik. Kad saya bukan saja tidak boleh dibaca tapi masih berada didalam slot mesin itu.

Bila saya tanya budak penjaga wang di stesen minyak itu mereka pun tidak boleh berbuat apa-apa. Saya pun menelefon nombor Perkhidmatan Pelanggan 1300886688 yg tertera pada mesin tersebut. Saya diberitahu oleh telefonis bahawa kad ATM saya sudah disekat pengeluarannya. Saya diminta untuk mengambil kad ATM yg baharu di mana-mana cawangan Maybank.

Nota lalat. Saya minta maaf pada pembaca blog ini yg tidak suka saya tunjuk gambar jari jemari saya setiap hari.

No comments:

Post a Comment

Salam. Ini bukan blog langau. Sila komen secara berhemah.