Saturday, 31 August 2013

AUTOCAD TABLE CONVERTER



SEMALAM Jumaat ada rakan sekerja saya bertanya bagaimana hendak menukar 'table' dalam Autocad dan dijadikan Microsoft Excel table pula. Begini caranya:

1) ACAD file rendered to pdf (not scan hard copy print)
2) Open pdf file required (PDF PRO required)
3) Go to OCR. [+ link ]
4) Crop table portion (or MTO portion)...follow instruction in the OCR

Tidak perlu download atau install perisian software yg baru.

Friday, 30 August 2013

ESPLANADE MRT STATION



SUDAH 3 hari rakan sekerja Maklumat Teknologi (IT) berjanji hendak menukar komputer peribadi di meja saya dengan komputer yg baru. Tapi sehingga hari ini, beliau masih sibuk dengan kerja urusan lain pula

Nota lalat. Tiada karya saya yg tersiar bulan ini untuk majalah Aperture dan Digital SLR Photography pula.

Thursday, 29 August 2013

KLCC TOWERS



HARI Rabu yg agak sejuk. Tekak saya pun masih gatal-gatal gara-gara demam selesema yg belum sembuh lagi.

Wednesday, 28 August 2013

BANGUNAN SSAAS




KAHAK saya masih belum sembuh lagi walaupun sudah lebih seminggu saya demam dan selesema. Saya masih berasa kurang selesa dan kepala saya masih berasa pening-pening bila bangun dari tidur pagi tadi.

Bila sampai di pejabat pagi tadi saya tidak larat lah pula mahu berjalan ke Ampang Park untuk bersarapan. Saya beli kuih-muih sahaja di pantri pejabat. Saya pilih air teh kosong seperti biasa.

Tuesday, 27 August 2013

SUNYOLK OVER KLCC



HARI Isnin yg agak sibuk di tempat kerja juga.

Disebelah petang selepas pulang pejabat, saya sempat berlari-lari anak di treadmill yg sudah lama tidak saya gunakan. Cukuplah saya bersenam setempat selama 30 minit, 2 kilometer dan membakar 58 kalori.

Monday, 26 August 2013

THE SUPERTREE GROVE



HARI Ahad semalam juga hari yg sibuk. Pertamanya saya kena mencari tukang elektrik untuk baiki pendawaian elektrik dalam rumah saya yg rosak dari jam 10 malam semalam.

Petang Ahad pula, kakak saya, Kak Som dan anaknya bersama 2 orang cucu, datang kerumah untuk beraya. Kebetulan juga, rakan-rakan sekolah anak lelaki no. 3 saya juga hadir seramai 24 (tambah 10) orang juga datang kerumah menjadi penuh.

Sunday, 25 August 2013

GARDENS BY THE BAY



SEMALAM hari Sabtu, saya sudah memandu ke pulau Singapura. Dari Changi, saya juga singgah ke Marina Bay Sands untuk menangkap gambar taman baru The Gardens by the Bay.



Saturday, 24 August 2013

MY FLU NEVER ENDS



HARI Jumaat yg saya berasa lemah sangat. Demam saya masih belum kebah walaupun ubat dari klinik sudah saya habiskan pada hari Isnin kelmarin.

Pukul 9.40am saya sudah pergi berjumpa dengan doktor di klinik. Misi India yg bertugas dulu pun sudah berhenti kerja dan diganti dengan misi Melayu yg jelita juga. Dan doktor yg selama ini dari kaum kerabat minachi pun sudah ditukar dengan doktor Melayu yg muda. Doktor muda memberikan saya ubat cari kahak, ubat selsema, ubat sirap batuk dan ubat antibiotik saja.

Pukul 11.00am saya sudah melompatkan bateri kereta cikputih saya sebab meragam lagi. Dan saya sempat lagi menghantar photobook di kedai Times Venture di Taman Maluri. Amoi itu kata kena tunggu 3 minggu baru siap.

Bila balik ke pejabat saya baru perasan ada jamuan makan hariraya pula.

Friday, 23 August 2013

MAYBANK ATM CARD



HENDAK dijadikan cerita lalat, semalam petang saya cuba mengeluarkan wang dari mesin ATM di stesen minyak Caltex Bukit Indah Ampang. Saya tengok kad Maybank saya memang sudah rosak, patah dan jalur elektroniknya pun sudah terbarai. Tapi saya cuba juga cucuk ke dalam slot mesin tersebut. Dan seperti yg saya jangka, mesin tersebut tidak boleh membaca kad ATM saya. Saya jadi panik. Kad saya bukan saja tidak boleh dibaca tapi masih berada didalam slot mesin itu.

Bila saya tanya budak penjaga wang di stesen minyak itu mereka pun tidak boleh berbuat apa-apa. Saya pun menelefon nombor Perkhidmatan Pelanggan 1300886688 yg tertera pada mesin tersebut. Saya diberitahu oleh telefonis bahawa kad ATM saya sudah disekat pengeluarannya. Saya diminta untuk mengambil kad ATM yg baharu di mana-mana cawangan Maybank.

Nota lalat. Saya minta maaf pada pembaca blog ini yg tidak suka saya tunjuk gambar jari jemari saya setiap hari.

Thursday, 22 August 2013

BIOMETRIC FINGERPRINT LOCK



KELMARIN rakan-rakan setugas dipejabat saya sudah memberikan pendaftaran baru penggunaan cap jari pada Jabatan Kemanusiaan (HR) kami. Tapi ada segelintir yg mendaftar semula hari ini disebabkan mereka menggunakan ibu jari dan mahu menukar ke jari telunjuk untuk tujuan keselamatan. Saya pun baru mendaftar hari ini. Saya guna jari telunjuk juga.

Nota lalat. Nama-nama jari mengikut susunan. Ibu jari • Telunjuk • Hantu • Manis • Kelingking.

Wednesday, 21 August 2013

LENGUH TAPI NORMAL



HARI Selasa semalam saya sudah bercuti kerana menghantar anak lelaki saya nombor 3 menghadiri peperiksaan pianonya di Mutiara Hotel, Johor Bahru. Dulunya Mutiara Hotel dikenali sebagai Holiday Inn bersebelahan dengan pusat membeli belah yg terkenal Holiday Plaza.

Sebelum itu sempat lagi menghantar beliau ke Hospital Regency Seri Alam kerana beliau mengadu sakit lenguh-lenguh sendi tapi tidaklah demam. Doktor pakar pun memeriksa nadi beliau dan darah beliau diambil untuk diperiksa.

Selepas pulang dari ujian piano, saya singgah lagi ke hospital Regency tersebut untuk mengambil keputusan darah beliau dan pembayaran akhir. Mengikut kata Dr Ong, darah beliau (anak saya itu) adalah normal dan tekanan darah yg normal juga. Saya rasa mungkin beliau mengalami tekanan sebab sedang menghadapi peperiksaan PMR.

Nota lalat. Malam tadi dalam pukul 11.00 ibu beliau memberitahu terpaksa ke hospital yg sama lagi sebab beliau sakit dada.


Tuesday, 20 August 2013

HARI ISNIN YG KERJA, ESOK CUTI LAGI



SEMALAM hari isnin yg agak sibuk bagi saya.

Pagi-pagi saya sudah ditanya dengan Senior Designer Filipino itu tentang piping spec projek BELUM yg harus dikemaskinikan. Padahal saya pun sedang sibuk dengan piping spec projek BRE pula.

Supervisor saya pun sudah maklum berkenaan hal tersebut. Tapi kekurangan kakitangan itulah masalahnya.

Nota lalat. Semalam hujan lebat dari pagi. Harap-harap keadaan masalah jerebu semakin pulih.

Monday, 19 August 2013

KIPMART MASIH TUTUP



ADIK lelaki saya kata mahu datang beraya hari ini (Ahad), jadi saya sibuk juga mencari bahan-bahan dapur untuk dimasak pagi ini.

Bila tengok pasaraya Kipmart Masai masih belum dibuka, saya pun pergi ke pasar Pasir Gudang pula.

Awal juga adik lelaki saya dan adik perempuan bongsu saya tiba dirumah dalam jam 11 pagi. Saya tidak sempat hendak lelapkan mata walaupun saya belum kebah dari demam lagi.

Sebenarnya saya pun terlupa hari ulangtahun perkahwinan saya semalam 17 Ogos 2013 yg ke 24 tahun. Anak lelaki saya yg tua pun akan mula bekerja di Skudai esok.

Sunday, 18 August 2013

HARI YANG DEMAM



HARI Sabtu yg demam. Satu hari saya terlantar di katil. Tapi sempat lagi bayar hutang kad kredit dan hutang pinjaman kereta.

Disebelah petang pula sempat juga saya ke Tesco makan nasi ayam penyet dan berbelanja barang dapur juga.

Saturday, 17 August 2013

Friday, 16 August 2013

COKLAT SUSU



TIADA yg menarik hari ini. Cuma saya rasa tidak berapa sihat. Dengan sakit mulut yg berbisa sepanjang hari.

Thursday, 15 August 2013

ANAK LANANG SING MBAREP



HARI INI yg agak sibuk juga. Perkara pertama ialah menguruskan cukai jalan kereta cikPuan Jnulekasnova itu. Cukai jalannya mati hari ini, bersamaan 14 Ogos 2013. Dan anak lelaki saya yg tua sudahpun mengambilnya di Pusat Jualan Toyota Larkin tengahari tadi.

Kos insuran ialah RM@,!)) dan cukai jalan ialah RM#%) sebagai rekod.

Keduanya, saya baru tahu anak lelaki saya itu sudah pun mendapat tawaran bekerja sebagai penolong QA di Skudai. Cuma beliau mahu berbincang dahulu dgn emaknya berkenaan hal tersebut.

Ketiganya, anak lelaki saya itu juga berhajat untuk menonton konsert Metallica di Singapura minggu depan. Emak beliau telah membelikan tiket konsert. Beliau ada memberitahu emaknya akan pergi bersama-sama kawannya dengan menaiki bas. Kemudian emaknya pula yg sibuk mahu saya menghantar beliau ke pulau. Saya kata, tengoklah nanti.

Wednesday, 14 August 2013

NURUL JANNAH & FAMILY



SEMASA di Terengganu sempat lagi saya berhariraya di rumah anak ustaz Ismail (arwah) yg baru pulang mengajar di Sabah.

Najwa dan kakaknya Nurul Jannah. Sementara ibu mereka, saya pernah berjumpa di Mekah sahaja.

Tuesday, 13 August 2013

KAMPUNG RU RENGGEH



DI MARANG, Terengganu saya mencari jalan ke pantai tambak di sebelah utara bersebelahan dgn pantai Seberang Marang tapi amatlah mencabar. Sehingga saya menangkap gambar matahari terbit di Pantai Pandak, dan seterusnya berjumpa dengan jeti tambak Kampung Ru Renggeh.

Setelah menyusuri jalan besar Marang ke Kuala Terengganu dan berkali-kali berpatah balik, akhirnya saya ketemu juga jeti jambatan kecil ke tanah tambak itu hanyalah didepan hotel saya menginap.

Monday, 12 August 2013

SEBERANG MARANG



DARI rumah saya melalui bandar Mersing ke Kuantan dan tiba di pekan Marang, Terengganu mengambil masa kira-kira 9 jam sahaja.

Sempat lagi saya mencari jeti tambakan di pantai Seberang Marang.

Sunday, 11 August 2013

NAK BELI MAGGIE PON BERKIRA



MALAM tadi saya sudah pergi ke Tesco berbelanja mingguan seperti biasa. Ini bukanlah entri riak atau saya sengaja ingin mempersendakan sesiapa. Bila kita berada diatas kadang-kadang kita perlu melihat kebawah juga. Apa yg saya lihat di dalam Tesco tadi memang mengharukan dan membuat saya insaf seketika.

Semasa tiba dihujung lorong membeli belah berdekatan kaunter pembayaran saya perhatikan ada satu keluarga yg masih muda dengan 2 orang anak perempuan yg masih kecil. Ditepi bahagian lorong itu ada menjual paket mee maggie dalam promosi. Saya lihat si isteri memandang suaminya seperti menyuruh membeli paket mee maggie tersebut. Saya lihat si suami macam tidak melayan atau mengambil mudah saja kehendak isterinya. Saya dapat rasakan ada krisis keluarga disitu.

Beberapa ketika si suami menolak troli ke hadapan ke kaunter tengah yg mengandungi barang2 belian bersama salah-seorang anak perempuan mereka dan meninggalkan isteri yg masih berada di rak mee maggie tadi. Anak perempuan mereka pun mengikuti ayah mereka bersama troli. Saya lihat si isteri bergerak ketepi dan membuka beg duit beliau yg saya agak melihat kandungan duit beliau dan tiba-tiba beliau berjalan masuk ke lorong dan hilang dari pandangan suaminya. Saya melihat kemudian gelagat suaminya yg sedang menyorong troli dan anak-anak perempuannya tiba-tiba mencari isteri dan dari riak muka saya faham beliau agak marah. "Dimana ibu? Dimana ibu?" tanya suami itu.

Bila si isteri keluar dari lorong bersama-sama 2 paket mee maggie seperti yg saya sangka, barulah sisuami berasa lega. Tetapi tiba-tiba beliau bergegas keluar meninggalkan troli kerana anak perempuan kecilnya mengadu hendak terkencing pula. Saya lihat riak muka isteri memang masam saja sambil mendekati troli mereka.

Saturday, 10 August 2013

HARIRAYA DAY 2



JUMAAT hari ini saya sudah memandu kereta ke arah Kluang dan Batu Pahat. Hari pun sudah tengahri, jadi saya sempat singgah bersembahyang jumaat di Masjid Sedenak.

Dan selepas itu saya singgah juga di rumah rakan lama di Kayu Ara Pasong.



Friday, 9 August 2013

HARIRAYA DAY 1



PAGI hariraya yg pertama saya bersolat sunat aidilfitri di masjid al-Huda saja. Hujan pun turun dengan lebat, tapi tiadalah jemaah yg bersolat diluar masjid, kalau tidak mesti ada yg basah lencun.

Petang saya singgah di Teluk Danga Bay pula. Selepas itu saya terus ke rumah adik lelaki saya di kampung sambil menziarah ayah saya juga.



Thursday, 8 August 2013

NANDOS



SEMALAM pagi selepas mengambil anak dara saya di LCCT Sepang yg baru tiba dari Kota Bharu, saya terus memandu pulang ke kampung. Dari LCCT saya lihat jam pun sudah pukul 12.30pagi. Dalam perjalanan di lebuhraya Plus menghala keselatan saya lihat kenderaan pun banyak juga tapi tidaklah sesesak sangat.

Tiba di Masai pun sudah pukul 4.10pagi dan saya sempat bersahur di Hentian Rehat RnR Pagoh.

Wednesday, 7 August 2013

CAPTOR ALARM



ALAT penggera keselamatan kereta cikputih saya tidak pula boleh dihidupkan sejak beberapa lama ini. Semalam saya sudah tukarkan bateri yg baru tapi masih tidak berjaya. Berkemungkinan juga pomen telah mengusik wayar-wayar berkenaan alat penggera yg saya pasang itu.

Tuesday, 6 August 2013

TWO YOUNGEST KIDS



HARI ini hari Selasa. Esok sudah bermula cuti hariraya aidilfitri.

Malam ini anak perempuan saya akan terbang dari Kota Bharu ke LCCT Sepang. Dan saya akan menjemputnya di lapangan terbang dan terus memandu pulang ke rumah kami.

Monday, 5 August 2013

MAKCIK MENINGGAL



PAGI-PAGI tadi abang sepupu saya yg tinggal di Kuala Lumpur menghantar mesej menyatakan ibunya meninggal dunia. Ibunya bernama MASRIAH JAMHARI dari Parit Abas adalah kakak kepada ayah saya yg juga sedang uzur di kampung.

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Al-fatihah untuk Mak Entik.

Sunday, 4 August 2013

BELI TAYAR DAPAT POWERBANK



PAGI semalam saya sudah pergi hantar kereta cikputih ke bengkel baiki kereta. Komplen pasal kereta tidak boleh dimulakan. Pomen Gan kata bukan pasal bateri, bukan juga pasal alternator. Pening kepala saya. Kemudian baru saya teringat dulu pernah ada masalah tentang Sam Relay.

Lepas itu sempat lagi saya hantar kereta cikputih ke kedai tayar, tukar jenis Michelin. Sebiji tayar berharga RM#)), jadi total 4 tayar ialah RM!@)).

Lepas itu sebelah petang ganti baru relay starter kerana horn tidak boleh dibunyikan.

Saturday, 3 August 2013

REMPEYEK & TUMPI KU SOLD OUT



ALHAMDULILLAH bekalan kuih rempeyek (kacang tanah) dan ketumpi (kacang hijau) saya telah habis dijual pada hari ini. Tapi saya ada tersilap sedikit kerana sepatutnya saya sudah war-warkan tentang kuih rempeyek dan ketumpi saya itu pada satu jabatan Mekanikal yg berkenaan. Sebab ada beberapa rakan-rakan tidak pun sedar stok kuih tersebut telah lama sampai di meja saya.

Dan kamera dslr Canon EOS 650D yg saya baru dapat menang cabutan bertuan Energizer itu pun sudah berpindah tangan kepada rakan satu pejabat saya.

Friday, 2 August 2013

MERAGAM LAGI



PETANG tadi masa balik dari pejabat di tempat parkir kereta cikputih pula meragam lagi. Tidak boleh dimulakan enjinnya. Sama seperti 2 bulan lepas tapi saya lihat lampu dashboard, penghawa dingin, dan radio semua menyala menandakan tiada masalah dengan bateri yg juga baru dibeli. Saya risau juga kalau-kalau alternator yg baru ditukar itu yg menjadi punca masalahnya. Aduhai.

Thursday, 1 August 2013

BALIK KERJA



HARI ini sudah 1hb Ogos 2013. Cepat sungguh masa berlalu. Lagi seminggu kita akan menyambut hari lebaran aidilfitri.

Biasanya saya balik dari pejabat pukul 4.30 petang semasa bulan ramadhan. Biasanya akan sampai rumah lebih kurang sejam. Semalam saya balik lambat sedikit iaitu pukul 6.30 petang. Jalanraya pun tidaklah sesak sangat sehingga boleh sampai rumah sebelum berbuka puasa.