Monday, 22 July 2013

SUJUD SAHWI



DULU saya ada rakan pejabat yg kira berilmu juga tentang hal ehwal mistik ini. Orangnya masih muda dan bujang.

Pernah suatu ketika saya terlupa meletak kunci motor ketika saya sibuk ingin ke Bandung, Indonesia. Pada kunci motor tersebut ada cukai motor dan kunci laci pejabat saya. Beliau telah mengajar saya satu ayat yg selalu dibaca ketika sujud sahwi. Doa sujud sahwi seperti berikut:

[سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ] Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu

Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."

Saya cuba juga tapi masih tidak ketemu kunci motor saya itu sehinggakan saya membuat cukai motor yg baru.

Beberapa minggu selepas itu, beliau pula terlupa meletak kunci rumah beliau. Padahal beliau baru saja memegangnya. Habis satu pejabat dan tempat letak motor beliau cari tapi tidak ditemui kunci tersebut.

Petangnya, dan setelah jenuh mencari akhirnya beliau terjumpa kunci rumah dicelah lukisan atas meja beliau.

Semalam, ketika saya sibuk hendak pergi ke luar daerah, saya tiba-tiba terlupa dimana saya letak jam tangan saya pula. Padahal sebelum itu saya memang nampak jam tersebut sebelum memberi kunci kereta cikBibah pada anak sulung saya sebelum kami keluar mengisi minyak kereta. Tiba-tiba saya teringat ayat doa sujud sahwi yg rakan pejabat saya ajar kelmarin. Tetapi malangnya saya terlupa bagaimana sebutan ayat tersebut.

Malam tadi, sebelum saya sempat semak balik ayat doa sujud sahwi itu, saya sudah berjumpa kembali jam tangan saya didalam beg plastik yg saya bawa bersama-sama. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Salam. Ini bukan blog langau. Sila komen secara berhemah.