Tuesday, 30 July 2013

DUIT RAYA



RAMAI orang sudah menukar wang baru sempena raya minggu hadapan. Saya baru hendak terhegeh-hegeh menukarnya hari ini. Sehinggakan saya telah pergi ke 3 buah bank pagi ini.

Bank 1 ialah Maybank di pusat beli belah Ampang Park. Bila saya sampai jam 9.45 pagi, orangramai sudah beratur di pintu bilik Pembayar Tunai. Saya lihat ada lebih kurang 10 orang disitu. Tidak perlu mengambil nombor giliran seperti biasa.

Bank 2 ialah CIMB Bank di Menara PNB. Bila saya sampai di dalam bank, saya lihat sudah ramai orang menunggu giliran duduk di kerusi, tidak berdiri dan beratur seperti di Bank 1. Dan kerani yg menjaga nombor giliran sibuk pula memberitahu bahawa wang baru sudah kehabisan stok.

Bank 3 ialah RHB Bank Jalan Ampang. Sebelum saya pergi ke Bank 1 dan Bank 2, saya sudah bertanya di tempat mengambil nombor giliran berkenaan pertukaran wang baru. Saya diberitahu bahawa kaunter wang baru akan dibuka jam 10.30. Dan bila saya kembali ke situ jam 10.22 pun sudah ramai orang menunggu dan saya menunggu betul-betul di tempat mengambil nombor giliran sehingga 5 minit ke jam 10.30 dan saya mendapat giliran yg pertama. Dan saya berjaya menukar kesemua wang baru RM1, RM5, RM10 dan RM20 tidak seperti di Bank 1 dan Bank 2 yg hanya menukar dan mengguna wang kitar semula. Saya LEGA dan sungguh gembira.

No comments:

Post a Comment

Salam. Ini bukan blog langau. Sila komen secara berhemah.