Wednesday, 31 July 2013

CANNOT SLEEP



SAYA sudah lama beli telefon bimbit retro hitam putih Nokia 1280 itu. Mudah untuk mendengar radio kalau saya bertugas di pejabat. Dan kalau hendak mendengar azan untuk berbuka puasa juga.

Dan hari ini saya membeli satu lagi untuk isteri saya supaya beliau boleh gunakannya ketika pulang ke rumah panjang esok. Harga telefon bimbit Nokia 1280 itu masih kekal RM88.

Tuesday, 30 July 2013

DUIT RAYA



RAMAI orang sudah menukar wang baru sempena raya minggu hadapan. Saya baru hendak terhegeh-hegeh menukarnya hari ini. Sehinggakan saya telah pergi ke 3 buah bank pagi ini.

Bank 1 ialah Maybank di pusat beli belah Ampang Park. Bila saya sampai jam 9.45 pagi, orangramai sudah beratur di pintu bilik Pembayar Tunai. Saya lihat ada lebih kurang 10 orang disitu. Tidak perlu mengambil nombor giliran seperti biasa.

Bank 2 ialah CIMB Bank di Menara PNB. Bila saya sampai di dalam bank, saya lihat sudah ramai orang menunggu giliran duduk di kerusi, tidak berdiri dan beratur seperti di Bank 1. Dan kerani yg menjaga nombor giliran sibuk pula memberitahu bahawa wang baru sudah kehabisan stok.

Bank 3 ialah RHB Bank Jalan Ampang. Sebelum saya pergi ke Bank 1 dan Bank 2, saya sudah bertanya di tempat mengambil nombor giliran berkenaan pertukaran wang baru. Saya diberitahu bahawa kaunter wang baru akan dibuka jam 10.30. Dan bila saya kembali ke situ jam 10.22 pun sudah ramai orang menunggu dan saya menunggu betul-betul di tempat mengambil nombor giliran sehingga 5 minit ke jam 10.30 dan saya mendapat giliran yg pertama. Dan saya berjaya menukar kesemua wang baru RM1, RM5, RM10 dan RM20 tidak seperti di Bank 1 dan Bank 2 yg hanya menukar dan mengguna wang kitar semula. Saya LEGA dan sungguh gembira.

Monday, 29 July 2013

BREAKING FAST ON THE HIGHWAY



PAGI Ahad semalam saya sudah pergi ke bandar Kota Tinggi yg selalu dilanda banjir. Tujuan utama hanyalah hendak membeli baju raya anak lelaki saya yg nombor 3. Bukannya saya tidak bawa beliau ke Kompleks Pasir Gudang, tapi tiada pakaian baju raya yg dia berkenan.

Sunday, 28 July 2013

MB SERVICE



SEMALAM pagi saya sudah menghantar kereta cikputih saya itu untuk diservis biasa. Tukar minyak hitam, minyak Auto, minyak Gear, dan filter yg sudah kotor. Sementara menunggu kereta saya itu siap pukul 4.30 petang, sempat lagi saya berjalan-jalan dengan cikKak Jnulekasnova sekitar bandaraya Johor Bahru juga.

Harga servis kali ini ialah RM!,#%(.00.

Nota lalat. Semasa saya membeli baju raya di Kompleks Pasir Gudang tadi malam, saya sudah beli 4 paket bateri Energizer Lithium. Harga sepaket ialah RM19.80, lebih mahal berbanding harga di KL (RM16) doh. Manakala harga bateri Energizer Max di stesen minyak Shell disekitar Johor Bahru pula ialah RM6.20, lebih kurang sama saja seperti di Kuala Lumpur juga.

Saturday, 27 July 2013

BALI ART



HARI ini hari Sabtu.

Dan semalam hari jumaat seperti biasa saya bersembahyang Jumaat berjemaah di surau bangunan Tabung Haji Jalan Tun Razak. Tapi sejak dua menjak ini saya akan sampai lewat sebab saya hendak melelapkan mata diwaktu tengahari. Dan kali ini saya akan bawa sejadah saya sendiri sebab ruang solat selalunya akan penuh bila saya sampai.

Friday, 26 July 2013

FESTIVAL RAMADHAN



SAYA baru tahu kalau parkir kereta di SACC (Shah Alam Convention Center) kena bayar RM5 walaupun tidak sampai 15 minit. Manakala parkir di Kompleks PKNS sepelaung saja dari SACC itu baru RM2.50 untuk sejam. Dan sambil itu sempat lagi bersolat di surau di tingkat satu dihujung disana disana.

Thursday, 25 July 2013

SUNGAI SEKAMAT



SEMALAM selepas waktu bekerja saya pun memandu kereta ke Cheras. Sebenarnya sudah hampir ke Kajang. Lagi tepat, saya sudah sampai di stesen minyak Shell Jalan Sungai Sekamat off Jalan Cheras di Taman Mesra.

Selepas itu saya pun patah balik ke Ampang. Singgah di Tesco Ampang untuk berbuka puasa.

Cerita lalat yg lain. Petisejuk Sanyo yg saya beli awal bulan tempohari sudah tidak sejuk. Pagi tadi saya sudah telefon kedai elektrik Taman Kosas dan juruteknik Sanyo sudah datang dan baiki petisejuk saya itu. Mister Lee berkata, 'lu kena tungu 8 jam ye baru boleh bukak balik'.

Wednesday, 24 July 2013

SCOOTER ROADTAX RENEWAL



SUDAH seminggu lebih skuter saya tidak boleh dimulakan enjinnya di parkir. Saya syak memang bateri skuter sudah mampus. Nasib baik skuter boleh dimulakan dengan menggunakan kaki. Itupun terkial-kial juga.

Pagi tadi saya sudah hantar skuter saya ke bengkel di pulau Jalan Semarak. Tempat saya beli bateri tersebut. Dan saya tukar minyak enjin juga menggunakan minyak Shell Advance yg saya sudah beli.

Bila sampai di pejabat saya baru perasan bahawa cukai jalan skuter saya sudah tamat minggu lepas. Tapi saya tidak mahu memperbaharuinya di bengkel skuter itu sebab caj yg terlampau dikenakan. Jadi, saya perbaharui saja di pejabat pos Ampang Park. Baru kena RM252.35 termasuk pos laju barangan lainnya.

Nota lain. I am selling my new DSLR camera! Price: RM2,100 (RRP: RM2,449)

NEW Canon EOS 650D Digital SLR Camera With 18-55mm Lens Kit
- FREE Sandisk Ultra SD 8GB

** Brand New with 1-Year Warranty **

Product Highlights:
• 18.0MP APS-C CMOS Sensor
• DIGIC 5 Image Processor
• 3.0" Vari-Angle Touch Screen LCD
• ISO 100-12800, Expandable to 25600
• Full HD Movie Mode with Continuous AF
• 5.0 fps Continuous Shooting
• 9-Point All Cross-Type AF System
• Multi Shot Noise Reduction

Extra: Battery Grip BG-E8 (RM500)

Reason for selling: Owner tgh kumpul bajet nak tangkap yg RM12K punyee..;-D

Updated. The camera has been sold. Thank you for your interest.

Tuesday, 23 July 2013

MUTIARA TOYOTA



MINGGU lepas saya sudah hantar van Kak Jnulekasnova yg itu untuk diservis. Baru 11,000km saja. Dan servis yg biasa saja juga.

Tiba-tiba saya perasan ada surat saman parking di wiper tingkap depan cik Kak Jnulekasnova. Anak lelaki saya yg tua yg membawa kereta van itu tidak sedar semasa beliau keluar semalamnya.

Monday, 22 July 2013

SUJUD SAHWI



DULU saya ada rakan pejabat yg kira berilmu juga tentang hal ehwal mistik ini. Orangnya masih muda dan bujang.

Pernah suatu ketika saya terlupa meletak kunci motor ketika saya sibuk ingin ke Bandung, Indonesia. Pada kunci motor tersebut ada cukai motor dan kunci laci pejabat saya. Beliau telah mengajar saya satu ayat yg selalu dibaca ketika sujud sahwi. Doa sujud sahwi seperti berikut:

[سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ] Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu

Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."

Saya cuba juga tapi masih tidak ketemu kunci motor saya itu sehinggakan saya membuat cukai motor yg baru.

Beberapa minggu selepas itu, beliau pula terlupa meletak kunci rumah beliau. Padahal beliau baru saja memegangnya. Habis satu pejabat dan tempat letak motor beliau cari tapi tidak ditemui kunci tersebut.

Petangnya, dan setelah jenuh mencari akhirnya beliau terjumpa kunci rumah dicelah lukisan atas meja beliau.

Semalam, ketika saya sibuk hendak pergi ke luar daerah, saya tiba-tiba terlupa dimana saya letak jam tangan saya pula. Padahal sebelum itu saya memang nampak jam tersebut sebelum memberi kunci kereta cikBibah pada anak sulung saya sebelum kami keluar mengisi minyak kereta. Tiba-tiba saya teringat ayat doa sujud sahwi yg rakan pejabat saya ajar kelmarin. Tetapi malangnya saya terlupa bagaimana sebutan ayat tersebut.

Malam tadi, sebelum saya sempat semak balik ayat doa sujud sahwi itu, saya sudah berjumpa kembali jam tangan saya didalam beg plastik yg saya bawa bersama-sama. Alhamdulillah.

Sunday, 21 July 2013

2 BLOWERS



SEMALAM saya sudah terima hadiah dari majalah fotografi tempatan Dunia Kamera sebab berjaya jadi pemenang no. 3 dan no. 4 dalam ruangan Cabaran DK bulan April 2013 yg baru lepas.

Cerita lain. Kamera DSLR D7000 saya sudah dihantar ke kedai kamera untuk kedai periksa kerana bila pasang lens 50mm tiba-tiba ada amaran EE dan tidak boleh dipetik butangnya.

Saturday, 20 July 2013

FEDERAL AUTO CARS



KELMARIN saya sudah melawat kedai pameran kereta Volkswagen Jalan Ampang yg sepelaung saja dari pejabat. Saya berpeluang juga menguji pandu kereta sedan CC dari Jalan Ampang ke Jalan Damai.

Semalam petang selepas waktu pejabat, saya juga pergi melawat kedai pameran kereta Federal Auto Cars di Jalan 222, Petaling Jaya. Tetapi kereta Beetle yg saya ingin uji pandu tiadalah lagi disediakan. 

Selepas itu, saya singgah di kedai kamera Jalan 24/8 Taman Megah Petaling Jaya untuk membeli bateri Energizer Lithium yg tinggal 6 paket saja.

Selepas itu juga, saya terus ke Kompleks PKNS tetapi tiada apa apa maklumat tentang Ramadhan Festival Shah Alam di SACC Mall.

Friday, 19 July 2013

RHB SHARE THE PRIDE



BENGANG betul saya rasa pagi ini sebab bila saya sedang membayar hutang kad kredit saya menggunakan mesin ATM di Jalan Ampang itu, tiba-tiba mesin ATM tergendala pula. Pegawai no. 1 meminta saya mengisi borang aduan. Pegawai no. 2 yang tiba selepas itu terpinga-pinga bila saya hendak serahkan borang tersebut. Seperti yang saya jangka, pegawai kata minggu depan baru tahu dan jelas berkenaan nasib wang yang saya deposit dalam mesin tadi.

Sebelum itu disebelah pagi pula, saya telah mencuba nasib menyertai pertandingan bank yang sama dalam laman web sosial Facebook. Moga-moga saya berjaya.

Nota lalat. Alhamdulillah, bila saya periksa penyata bank saya dapati duit saya sudah selamat didepositkan. Moga-moga perkara kerosakan mesin ATM ini tidak akan berlaku lagi.

Thursday, 18 July 2013

SEHARI SELEMBAR BENANG



HARI ini hari yg agak sibuk bagi saya. Tengahari tadi saya sudah keluar ke PJ sebab ada urusan dengan pihak ejen peristiwa (Event Agent).

Petang tadi saya balik dari pejabat agak lewat, dan saya terus berbuka puasa di Ampang Park saja.

Wednesday, 17 July 2013

APPEARANCE AND DRESS CODE



SEMALAM saya terima memo lagi dari pihak pengurusan. Kali ini memo yg bertajuk cara pemakaian ketika berada di pejabat.

Memanglah saya pun tidak puas hati sebab saya bekerja selama 24 tahun, ini kali pertama saya disuruh memakai baju lengan panjang beserta tali leher. Tahniahlah kerana membuatkan saya marah dibulan puasa ini.

Tuesday, 16 July 2013

MYPENGGUNA



HARI ini hari Isnin yg malas.

Cuma saya terkesan satu perkara. Semalam bila saya kemaskini status Fb saya, mula-mula kawan baik satu pejabat 'likes' status tersebut. Malamnya pula, bila janda beliau 'likes' status yg sama, tiba-tiba saya dapati beliau sudah 'unlikes' status tersebut. Saya pun tidak tahu apa yg hendak dicakap. Nasib baik kawan saya itu tidak 'Unfriend'kan saya. He.

Monday, 15 July 2013

PARENTAL GUIDANCE



PAGI-PAGI tadi adik perempuan saya dari kampung telah menelefon saya mengadu berkenaan ayah saya yg sedang uzur. Dengan kerenah ayah saya yg tidak menentu dan masalah dalaman krisis adik-beradik saya sendiri membuatkan saya sentiasa didalam tekanan.

Kebun saya yg di Parit Jambi Darat pun sudah lama saya tidak jenguk.

Sunday, 14 July 2013

VW JOHOR



PAGI tadi saya sudah menguji pandu kereta Volkswagen di Taman Desa Tebrau dan Jalan Skudai. Di showroom Taman Desa Tebrau saya menguji pandu VW Golf 1.4. Manakala di Jalan Skudai saya uji pandu kereta VW Passat 1.8 pula.

Saturday, 13 July 2013

PROJEK ASAP YG TAK MENJADI



PETANG tadi saya sudah mendapat memo dari pihak pengurusan menyatakan mulai Isnin minggu hadapan kami dibenarkan pulang awal dari pejabat pukul 4.30 petang di bulan ramadhan. Hari Jumaat masih tetap pukul 4.15petang.

Alhamdulillah.

Friday, 12 July 2013

FLEXIBLE HOURS, FLEXIBLE CABLE TRAY



HARI ini saya hendak bercerita berkenaan pejabat saya. Sudah setahun syarikat tempat saya bekerja menggunakan waktu pejabat yg boleh berubah-ubah. Contohnya, kalau saya masuk pejabat pukul 7.07 pagi, saya boleh balik pukul 4.22 petang. Kalau saya masuk pejabat pukul 8.55 pagi, saya boleh balik pukul 6.10 petang. Begitulah setahun lamanya.

Tetapi secara tiba-tiba semalam satu hari sebelum hari puasa, pihak pengurusan telah mengeluarkan memo menyatakan waktu pejabat sudah ditetapkan. Masuk pukul 8.15pagi, hanya boleh balik pukul 5.00 petang, kecuali hari Jumaat boleh balik pukul 4.15 petang pula. Terimakasih kerana kembali ke zaman batu.

Nota lalat. Hari ini saya terpaksa membantu rakan sekerja yg memohon membuat katalog pinggan kabel (cable tray catalog) dari Jabatan Elektrik supaya boleh diubah-ubah saiz panjangnya.

Wednesday, 10 July 2013

ALPHA WATER HEATER



PAGI tadi tempat bersiram dirumah saya sudah dipasang dengan alat mandi pemanas jenama Alpha. Petisejuk jenama Sanyo pun sudah dihantar kerumah.

Hari pertama berpuasa seperti biasa juga saya bangun pukul 2 pagi untuk bersahur.

WINDOWS EXPLORER VERY SLOW



SEJAK kebelakangan ini, komputer peribadi di pejabat saya tiba-tiba menjadi perlahan. Bila dibuka Windows Explorer (bukan Internet Explorer) amatlah lambat menunggu. Perisian lain tiadalah masalahnya, laju macam biasa.

Sudah berhari-hari saya mencari penyelesaian menggunakan google. Akhirnya hari ini saya mendapat tahu bahawa ruang di hardisk C komputer saya itu tidak mencukupi kerana hampir penuh. Jadi, bila saya buang fail-fail lama yg tidak berguna, dengan tidak semena-mena komputer menjadi laju seperti biasa. Saya amat gembira.

Nota lalat. Jawapannya ada dipautan berikut: Microsoft Answers.

Tuesday, 9 July 2013

SANYO LAMBAT SAMPAI



MINGGU lepas saya sudah membuat pesanan petisejuk jenama Sanyo di kedai elektrik Taman Kosas. Taukeh janji petang ini jam 6 akan dihantar ke rumah saya. Tapi sampai jam 8.30 malam pun belum tiba. Bila saya telefon kedai, dia tidak berjaya untuk menghantar malam ini pula. Dia berjanji akan menghantar esok petang diwaktu yg sama.

Monday, 8 July 2013

NO CINEMA IN BANGI



SAYA sudah diberitahu tiada panggung wayang untuk hiburan di Bandar Baru Bangi. Sama seperti di bandaraya Shah Alam.

 Dan tiadalah juga kedai judi yg halal dibandar itu, kecuali yg ada semuanya haram belaka.

Sunday, 7 July 2013

TM TAU MINTAK DUIT JEEEW



SEJAK hari Selasa kelmarin komputer saya tidak boleh melayari internet. Sudah telefon TM banyak kali. Repot arahan pembaikpulihan pun sudah dibuat.

Hari Ahad tadi, seorang kontraktor TM yg muda belia telah datang dan masuk rumah saya cuba membaiki modem dan internet. Tapi masih tidak berjaya. Kontraktor itu berkata yg dia hanya belajar setakat barangan TM saja dan tiadalah dia belajar modem selain TM juga. Seterusnya dia menyuruh saya menghantar ke kedai modem pula. "Kena bayar lebih kat kedai ye wak," katanya.

Dipendek cerita, saya telah menghantar modem ke kedai komputer tempat saya mula-mula beli modem itu. Mula-mulanya tidak berjaya, sehingga saya menelefon TM kembali kerana khuatir password yg diberi tidak betul. Akhirnya, modem saya berjaya melayari internet juga dengan harga upah RM15. Bil telefon saya tidak ketahuan berapa banyak pula angkara panggilan saya ke telefonis TM yg berjuta-juta kali adanya.

Saturday, 6 July 2013

DISIMBAH CAT



KELMARIN saya sudah pergi ke kedai barangan elektrik untuk membeli dapur gas, petisejuk dan periuk nasi untuk rumah bujang saya. Persiapan untuk bulan puasa yg bakal menjelang tidak lama lagi.

Nota lalat. Insiden kedai disimbah cat diatas kerana pekerja wanita disitu tidak memakai tudung, kata taukeh kedai elektrik disebelahnya. Pada mulanya saya ingat kerana tindakan durjana ahlong.

Friday, 5 July 2013

EXHAUST SHOP



SEMALAM saya sudah menghantar kereta cikputih saya ke bengkel kereta untuk menukar ekzos yg sudah reput. Terimakasih buat kawan saya yg telah memberitahu bengkel ekzos tersebut dan menunjuk arah kesana disana. Jasa awak akan saya kenang.

Nota lalat. Driving directions to Jalan Desa Gombak 1

Depart: Jalan Tun Razak
1. Head northwest on Jalan Tun Razak toward Persiaran Hampshire (2.1 km)
2. Take the exit toward Bulatan Pahang (240 m)
3. At Bulatan Pahang, take the 3rd exit onto Jalan Pahang (2.0 km)
4. Take the ramp to Jalan Gombak (56 m)
5. Keep right at the fork to continue toward Jalan Gombak (240 m)
6. Slight right onto Jalan Gombak (350 m)
7. Slight left onto Jalan Desa Gombak 1 (21 m)
8. Turn left to stay on Jalan Desa Gombak 1 (95 m)
Arrive: Jalan Desa Gombak 1





Thursday, 4 July 2013

INFRONT OF KLCC PARK



PETANG hari Rabu semalam yg tiada berhujan, saya telah berjalan-jalan ke taman depan bangunan Menara Berkembar KLCC. Kelihatan ramai pelancong luar dan dalam negeri yg sedang mengambil gambar kenang-kenangan.

Nota lalat. Olehkerana ketidakcapaian pen pemandu (Pen Drive) dan cakera keras luaran (external hardisk) menggunakan pencucuk USB pada komputer pejabat saya maka gambar-gambar akan saya letakkan kemudian.

Tuesday, 2 July 2013

LAWAN PEDANG



SELEPAS dari menonton pertandingan Bina Badan Sukma XVI di South City Plaza Seri Kembangan, saya juga berkesempatan ke Stadium Gymnasium 3 Bukit Jalil untuk menonton Lawan Pedang antara pasukan Kuala Lumpur dan Perak.

Saya cuma ingin melahirkan kekecewaan dgn keadaan sampah sarap di sekeliling Stadium Bukit Jalil yg telah dijadikan tempat perlawanan akhir bolasepak antara Kelantan dan Johor Darul Takzim pada malam sebelumnya.

Monday, 1 July 2013

60 KG VS 72 KG



PETANG Ahad semalam saya sudah pergi ke South City Plaza Seri Kembangan untuk menonton pertandingan Sukan Malaysia (Sukma) XVI acara bina badan. Walaupun pasukan bolasepak Johor tidak menang perlawanan bolasepak piala FA malam tadi ketika menentang pasukan Kelantan, tapi merangkul 2 pingat emas acara bina badan dpt sedikit sebanyak mengubat duka.

Tahniah buat Mohamad Naim Ponngoh (bawah 60kg) dan Mohamad Amirul Muqminin (65 - 70kg)!