Sunday, 30 June 2013

LEBIHAN BAGASI



PAGI tadi saya sudah menghantar anak dara saya ke terminal tambang murah untuk pulang kekolejnya di Pasir Mas. Olehkerana bagasi yg terlebih berat, maka saya suruh beliau mengurangkan pakaian yg hendak dibawa dan menukar bagasi besar kepada beg pikul saya pula. Saya berkeras tidak mahu membayar wang lebihan berat itu kerana baru semalam saya telahpun membayar bagasi lebihan abang beliau yg pulang dari Kota Samarahan sebanyak RM@00 walaupun saya telah memesan sebanyak 30kg.

Kapal pesawat anak dara saya itu berlepas jam 10.40am dan telah tiba dengan selamat di asrama kolej jam 1.40petang.

Nota lalat. Begitu juga kisahnya dengan isteri saya yg tiba-tiba terpaksa terbang pulang ke rumah panjang. Saya sudah pesan 15kg untuk bagasi beliau, kemudian beliau hanya mahu bawa beg sandang untuk dibawa masuk ke kabin pesawat. Selepas saya memberitahu bahawa saya telah membayar bagasi, baru beliau letakkan beg sandang dalam pemeriksaan.

Saturday, 29 June 2013

MENDIANG GRACE MAO



PETANG tadi saya menerima berita bahawa kakak ipar saya, Grace Mao Nichol telah pergi buat selama-lamanya di Lawas, Sarawak. Grace menghidap sakit kanser kolon sejak beberapa tahun yg lepas. Jenazah beliau akan dibawa ke rumah panjang Sedi hari ini.

Isteri saya akan pulang ke rumah panjang juga pagi ini menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Petang pula, anak sulong saya akan pulang dari Unimas Kota Samarahan.

Dan esok saya akan menghantar anak dara saya ke LCCT Sepang untuk penerbangan ke kolej beliau di Pasir Mas.

Friday, 28 June 2013

NASI LEMAK NASI ARAB





HARI INI hari Khamis yg agak sibuk bagi saya.

Pagi tadi saya sudah bersarapan roti canai 2 keping, yakni roti canai kosong dan roti tampal. Tiba di pejabat ada pula rakan ofis yg belanja nasi lemak untuk kami. Jadi saya ambil sebungkus dahulu ingatkan untuk dimakan waktu tengahari.

Tapi tengahari pula saya terpaksa berkejar-kejaran atas urusan seri paduka baginda. Bila saya pulang kembali ke meja pejabat ada pula rakan yg belanja nasi beriani Arab ar-Rawsha Kampung Pandan sebab saya tidak berkesempatan bersama-sama meraikan rakan lama itu yg baru mendapat bonus katanya.

Thursday, 27 June 2013

BUNGAPI PUTRAJAYA



SEMALAM saya sudah bepergian ke Festival Bunga & Taman Floria Putrajaya 2013 dan menonton pertunjukan bungapi yg bermula agak lewat pada pukul 10.15malam.

Tuesday, 25 June 2013

MASJID KRISTAL



Sudah lama saya tidak ke Terengganu dan datang melawat Masjid Kristal.

Kelmarin selepas dari aktiviti di Dungun, saya terus berkejaran ke Pulau Wan Man yg jaraknya sejauh sejam saja.

Sunday, 23 June 2013

DUNGUN



Saya bertolak dari pejabat tempat saya bekerja pukul 4.14pm dan tiba di tempat penginapan Six Villa Inn yg terletak antara bandar Dungun dan Paka pukul 9.03pm juga.

Pemanduan selama lebih kurang 5 jam.

Thursday, 20 June 2013

API BUKAN FIRE



Hari ini saya dikejutkan sedikit dengan perkataan API.

API 1 - yg dimaksudkan ialah kadar pencemaran udara jerebu, 'Air Pollution Index' di Masai sudah mencecah 190.

API 2 - flange rating standard oleh 'American Petroleum Institute' untuk flange istimewa dalam pdms. PDMS designer saya sudah suruh buatkan flange istimewa tapi piping spec pun belum siap lagi.

API 3 - di Tanjung Jara, Dungun pula ketika saya bertanya arah mencari pantai batu ketika matahari terbit, saya telah bertanya pada dua orang pakcik yg sedang bersarapan di warung. Saya juga agak terpinga-pinga pada mulanya bila salah seorang pakcik itu menyebut simpang api, yg sebenarnya dia maksudkan ialah simpang yg ada lampu isyarat.

Nota lalat. Terma teknikal yg boleh diabaikan.

Wednesday, 19 June 2013

KISAH ANAK DARA



Hari ini hari Rabu, 19 Jun 2013, bersamaan 10 Syaaban 1434 hijrah.

Tiada yg menarik untuk saya bercerita.

Cuma kisah anak dara saya yg sulong yg mulanya hendak bermalam di rumah rakannya. Tetapi tidak jadi pula. Ada masalah, katanya.

Monday, 17 June 2013

LEGOLAND



AHAD pagi semalam selepas usai mengambil kad pengenalan MyKad anak dara saya yg berumur 12 tahun itu, saya telah pergi melawat taman tema Legoland Nusajaya untuk pertama kalinya. Saya menggunakan baucer diskaun dari restoran McDonalds yg mendapat potongan 30%.

Hari bergembira bersama ahli keluarga di tengahari yg terik.

Sunday, 16 June 2013

FATHER'S DAY



SEBENARNYA hari Bapa sedunia adalah esok, tapi saya telah diraikan tengahari tadi di Hotel Rennaisance Permas Jaya.

Terimakasihlah pada yg sudi meraikan saya.


Friday, 14 June 2013

PARKING EMPAT HINGGIT





SEMALAM petang saya sudah pergi ke Ampang Point.

Malas hendak parkir dibawah, saya cuba parkir di tempat parkir luar Ampang Point. Uncle India tu bilang 'empat hinggit'. Saya agak terperanjat sebab saya kira kalau saya parkir di bawah Ampang Point tu baru dua hinggit setengah sejam. Saya kata tidak jadi, tapi mamat india kawan dia bilang dengan nada perlahan, 'tiga hinggit per entri' je bang. Malas nak gaduh, saya pun bayar dan parkir kat dalam.

Sebenarnya saya hendak masuk peraduan fotografi Harvey Norman yg terletak di tingkat atas.

Saya beli bingkai gambar dan puaslah juga bertekak dengan budak perempuan jurujual pasal keliru peraduan Fujifilm pun ada tapi mesin pencetak gambar rosaklah pula.

Usai bayar harga bingkai gambar, saya terus ke restoran Linda Onn - My Mom's Rice Chicken dan pesan makanan nasi goreng ayam sahaja.

Thursday, 13 June 2013

BALAI POLIS BUKIT INDAH



PAGI tadi Inspektor N sudah telefon saya untuk berjumpa berkenaan kes kad kredit yg hilang kelmarin.

Saya tiba di Balai Polis jam 10 dan puan Inspektor telah mengambil kenyataan saya sekali lagi walaupun kelmarin saya sudah membuat repot polis di Balai Polis Larkin.

Puan Inspektor N akan menyiasat kes saya dengan meneliti pita rakaman cctv di stesen minyak Caltex tersebut dan akan menghubungi saya kemudian.

Jumlah transaksi yg bukan dibuat oleh saya setakat ini ialah RM80.03.

Wednesday, 12 June 2013

MYEG YANG EFISIEN



CUKAI jalan kereta cikBibah Pepel saya akan tamat tempoh pada hari Jumaat ini. Kelmarin petang saya sudah pergi ke kedai jualan kereta ciBibah Pepel yg saya beli tahun lepas. Tapi mamat jurujual itu bilang dia boleh disitu pun menggunakan khidmat myeg.com juga.

Dipendekkan cerita, pagi semalam saya pun telah memperbaharui cukai jalan dan insuran menggunakan khidmat myeg yg sungguh efisien. Dan tengahari itu juga, mamat despatch dari myeg sudah membawa cukai jalan yg baru.

Tuesday, 11 June 2013

LESSONS LEARNED



SAYA memang mengaku kesilapan tidak membawa pengecaj bateri untuk kamera dslr Nikon D7000 saya.

Pagi semalam (Ahad) saya agak panik bila melihat penanda merah bateri tersebut. Lagipun pagi itu juga saya ingin menangkap gambar matahari terbit di Kampung Sim Sim, dan yg lebih penting menyertai aktiviti kelab Nikon Sabah.

Tapi saya bersyukur kerana sehingga petang bila saya di dalam kapalterbang pun kamera dslr saya masih boleh digunakan.

Monday, 10 June 2013

SANDAKAN DAY TWO





PAGI hari kedua dan hari terakhir pula, saya memeriksa keluar dari hotel awal sebab mahu mengejar matahari terbit di Kampung Air Sim Sim.

Saya menyertai aktiviti kelab Nikon Malaysia pukul 8 pagi. Pukul 8.30 aktiviti dimulai dgn mencari dan menangkap gambar burung dalam hutan. Pukul 10 barulah aktiviti menembak gambar model bermula.

Pukul 11 pagi saya sudah memandu ke pusat pemeliharaan monyet belanda (Probosis Monkey) di Teluk Labuk Bay yg jauhnya memasuki ladang kelapa sawit melalui jalan gravel yg tidak ditar. Saya amat beruntung kerana ada bantuan gps yg saya bawa.

Dalam perjalanan pulang dari Teluk Labuk Bay saya singgah di Kampung Gum Gum untuk bersolat jamak qasar dan selanjutnya terus ke lapangan terbang untuk pemulangan kereta sewa saya.

[+ Sandakan Day One ]

Nota lalat. Saya tertinggal tripod kamera saya didalam kereta sewa tersebut. Saya hanya teringat bila saya sudah berada didalam pesawat kapalterbang.

Sunday, 9 June 2013

SANDAKAN DAY ONE



INI adalah aktiviti semasa saya berada di Sandakan, Sabah secara ringkas dan singkat selama dua hari satu malam sahaja.

Saya tiba di Lapangan Terbang Sandakan pukul 9.30 pagi dan terus menyewa kereta. Saya sewa kereta Myvi Auto yg berharga RM200 untuk sehari setengah.

Dari lapangan terbang saya terus ke Sepilok untuk melawat orang utan. Tetapi bila saya sampai saya dikejutkan kerana tiket masuk ditutup sehingga pukul 2 petang. Saya terus ke pekan Sibuga Jaya untuk makan tengahari di KFC. Selepas itu saya bersolat jamak dan qasar di Masjid Pangiran Galpan di Jalan Labuk. Usai solat saya kembali memandu ke pusat pemeliharan orang utan sepilok.

Selepas melihat sendiri sesi makan orang utan, dari Sepilok saya terus pulang ke bandar Sandakan dan memeriksa masuk ke hotel.

Petang itu, usai mandi saya berjalan keluar dan mencari tempat2 menarik untuk menangkap gambar di Kampung Air Sim Sim dan Kampung Bokara. Pada masa itu, hari sudahpun petang, mendung dan hujan pun turun.

Sebelah malam saya tidak kemana-mana.

[+ Sandakan Day Two ]

Nota lalat. Mungkin dilain hari jika saya datang ke Sandakan Sabah, saya berminat untuk menjejaki Warisan Jepun itu.

Friday, 7 June 2013

CURRENT LEAKAGE




Sudah 2 minggu kereta cikputih saya berada di bengkel baiki kereta di Greenwood Gombak itu. Masalah kereta tidak boleh dimulakan bila ditinggal lama. Padahal bateri baru saja saya beli tidak sampai seminggu. 

Mula2 kawan saya beritahu berkemungkinan disebabkan alternator rosak. Tapi pomen menafikannya.  Mula-mula diperiksa tempat duduk elektroniknya. Dan pomen sudah buka semua wiring dalam kereta saya, dari radio, panel dashboard, ignition starter, SAM dll. Tapi masih tidak berjaya mencari punca masalah itu.

Petang tadi pomen bengkel itu beritahu bahawa kebocoran kuasa elektrik disebabkan oleh alternator dan radio juga. Saya sudah suruh pomen tukar saja dengan yg baru.

[+ mybenz | mysatisfaction - w203 ]

Nota lalat. Kos pembaikan kali ini ialah RM!@00.

Thursday, 6 June 2013

BON VOYAGE SABAH



Walaupun sekadar 2 hari 2 malam sahaja di Kota Kinabalu kerana ingin menziarahi kakak ipar saya yg sedang gering, namun ianya cukup bermakna buat saya.

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar semasa kesana dan kembali ke semenanjung.













Wednesday, 5 June 2013

RUMAH TERBALIK TAMPARULI



Hari Ahad adalah hari terakhir saya di Kota Kinabalu. Selepas sarapan di hotel, saya pun periksa keluar dari hotel dan pergi lagi ke pekan Tamparuli untuk melawat Rumah Terbalik.

Tuesday, 4 June 2013

JAMBATAN SUNGAI MENGKABONG



Setiap kali saya datang ke Kota Kinabalu, saya akan berkejaran ke jambatan Sungai Mengkabong untuk menangkap sinaran matahari pagi dibalik Gunung Kinabalu.

Pagi Ahad kelmarin adalah kali ketiga saya menangkap pancaran sinar cahaya matahari terbit di jambatan Sungai Mengkabong berdekatan Dalit Bay Golf & Country Club dan Shangri La's Rasa Ria Resort, Kota Kinabalu. Cuaca pun cerah sekali.

Pagi itu juga saya sempat berkenalan dengan rakan fotografi iaitu saudara Angkol Tom dan Norman S John.

Nota lalat. Dan dengan ini saya mengesahkan bahawa alat gps wakGarmin yg saya guna selama 4 tahun itu memang sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Monday, 3 June 2013

TANJUNG LIPAT




Semalam hari Sabtu adalah hari pertama di Sabah. Selepas balik dari Kundasang, saya cuba mengejar sinaran matahari terbenam di pantai Sutera Harbour.

Tetapi saya hanya berkesempatan menangkap cahaya matahari terbenam itu di Tanjung Lipat sahaja kerana hari pun sudah semakin gelap bila saya tiba di bandaraya Kota Kinabalu.

Model talent diatas adalah tuan punya diri yg menyambut harijadi ke dua belas hari ini. Oleh itu, saya pun terpaksa bercuti hari ini juga kerana ingin menguruskan hal ehwal pembuatan kad pengenalan beliau yg baru (myKad).

Sunday, 2 June 2013

BOLEH BAH KALAU KAU



Hari ini hari cuti Gawai bagi kaum Iban di Sarawak. Tapi tahun ini saya dan famili saya tidak pulang ke rumah panjang di Sibu. Ini adalah kerana saya terpaksa terbang ke Kota Kinabalu untuk menziarah kakak ipar saya yg sakit kanser usus dan sedang menjalani kimoterapi ntuk kali yg ketiga.

Mula-mula saya tiba di lapanganterbang KK amatlah saya terkejut melihat keadaan kakak ipar saya yg sungguh kurus kering. Hampir saya tidak mengenali beliau.

Di KK juga saya disambut oleh keluarga abang ipar saya yg seterusnya membawa kami ke Kundasang untuk jalan-jalan.

Saturday, 1 June 2013

LOST MY CREDIT CARD



Semalam semasa saya ingin mengeluarkan wang dari mesin ATM di TBS, bila saya buka dompet wang saya dapati kehilangan kad kredit Mastercard. Saya agak panik.

Bila saya hubungi pihak bank dan melaporkan kehilangan kad kredit itu pihak bank pun serta merta membatalkan kad kredit tersebut. Dan mereka akan menghantar kad kredit yg baru di ibu pejabat di Jalan Yap Kwan Seng berhadapan bangunan KLCC Menara Berkembar Petronas. Saya diberitahu ada 2 transaksi di stesen minyak Caltex yg sama yg dibuat oleh orang lain selepas kali terakhir saya menggunakannya.

Saya dinasihatkan oleh pihak bank untuk membuat laporan polis berkenaan insiden kehilangan kad kredit itu.

Bila turun dari bas ekspres yg saya naiki, saya terus meluru ke Balai Polis Larkin dan membuat laporan polis dan sempat bercakap dengan pegawai inspektor di Ampang yg akan menyiasat kes saya ini. Namun pegawai Inspektor N (bukan nama sebenar) mula hendak bercuti esok sempena cuti sekolah yg panjang. Walaupun begitu, beliau bersemangat untuk mengambil kes saya sebaik sahaja dia kembali dari bercuti 2 minggu lagi.

Memang nasib saya kurang baik sejak kebelakangan ini.

CLEAR SKY TODAY



Hari ini hari Jumaat yg biasa-biasa sahaja. Walaupun fikiran saya agak terganggu dengan keadaan kereta cikputih yg masih dalam bengkel dan ditambah dengan abang pomen yg masih tidak tahu dimasa masalah kebocoran elektrik itu.

Fikiran saya juga masih huru hara kerana talian telepon terputus ketika cuba menjawab segmen peraduan Seribu Seminit di saluran radion Suria FM. Saya amat kecewa.