Friday, 31 May 2013

KARDAK 20



Tengahari tadi saya sudah pergi ke klinik berdekatan tempat saya bertugas dan membeli ubat kolesterol Kardak 20 ataupun Simvastatin Tablets untuk 20mg. Ubat kolesterol ini untuk kegunaan 3 bulan sahaja.

Nota lalat. RM135.

Thursday, 30 May 2013

SURIA FM YG KECEWA




Saya sudah mencuba setiap hari sejak 2 minggu yg lepas. Cubaan untuk memenangi hadiah wangtunai seribu ringgit dalam seminit dari radio Suria FM.

Pukul 9.20pagi tadi saya sudah berjaya menjadi penghantar sms terpantas. Dan saya bercakap dengan Adibah Noor dan DJ lainnya. Tetapi malangnya nasib saya kerana tahap talian digi telefon bimbit saya yg tidak elok dan terputus selepas berjaya menjawab 2 soalan sahaja.

Tetapi tidak mengapa juga. Kata orang tiada rezeki. InsyaAllah saya tidak berputus asa dan akan mencuba berkali-kali lagi. Amin.

Nota lalat. Tapi saya berasa amatlah malu tadi bila 1 malaysia mendengar suara saya dicorong radio dan terputus talian lah pula. OTL

I AM NOT LEFTHANDED



Sejak saya membeli komputer riba Asus itu, bila saya guna perisian Photoshop CS3 mesti berlanggar. Lepas itu, mesti muka Google Chrome saya juga berlanggar. Sudah pelbagai cara saya perlakukan. Sudah mencari penyelesaian dalam Google Search, begitu pun masalah yg serupa juga berlaku.  Jiwa saya makin tidak keruan.

Minggu lepas saya sudah pergunakan baucer Kip Home Mart yg saya menang peraduan mini Mencari Harta Karun bulan lepas. Adalah dapat RM170 tapi yg RM20 tidak boleh digunakan sebab sudah habis tempoh.

Jadi dengan baki baucer RM150 itu saya belikan tetikus Microsoft, pendrive Kingston 8GB (2 nos), dan kad memori untuk kamera DSLR saya 8GB.  Dan tambahan saya beli pendengar suara di kepala. Dan saya tambah duit RM6 untuk kesemua barang-barang yg saya beli dikedai komputer itu.

Dengan menukar tetikus Microsoft (tanpa kabel), dan simpan tetikus yg lama, masalah perisian Photoshop dan Google Chrome saya tidak berlanggar lagi. Wah! Saya sungguh gembira. Updated lagi. Tapi kegembiraan saya bukanlah lama. Sekarang masalah kelanggaran photoshop dan google chrome juga sentiasa bermula setiap kali dan ketika. Aduhai.

Nota lalat. Gambar diatas sebenarnya saya ambil dengan menggunakan tangan kanan. Sebagai seorang lelaki yg bukan kidal amat sukar memetik butang kamera menggunakan jari tangan kiri. Jadi, saya petik dengan jari kanan dan selepas dimuat-turun, gambar diatas sebenarnya saya terbalikkan secara menegak.

Wednesday, 29 May 2013

APA APA PUN MATI



Minggu lepas, kereta cikputih saya tidak boleh dihidupkan enjinnya. Walaupun tertulis dibateri baru habis setahun warantinya.

Mula-mula saya mencuba melompatkan (baca jumper) dengan bateri kereta van Jnulekasnova saya yg itu. Tapi mungkin tidak lama sangat pengecajan yg mana tidak berjaya.

Dipendekkan cerita, saya sudah menukar bateri yg baharu di kedai tayar berdekatan rumah saya sahaja. Enjin kereta cikputih saya pun boleh dihidupkan. Dan harga bateri baru itu yg berjenama WARTA yg diwar2kan oleh taukeh ialah RM650. Bateri yg berkualiti lebih baik tapi waranti tetap setahun juga.

Tetapi tidak lama, semalam saya telah tinggalkan 2 hari di bawah basement parking dan enjinnya meragam lagi. Kawan saya telahpun tolong dan berjaya menghidupkan dengan lompatan kabel. Pomen kereta yg saya selalu hantar ke workshopnye pon ada datang. Pomen menjangka bukan sebab alternator seperti yg kawan saya mula-mula agak. Berkemungkinan besar disebabkan kebocoran elektrik katanya. Tetapi petang semalam bila saya memarkir dan bersedia untuk pulang kerumah masih tidak boleh dihidupkan enjinnya semula.

Cerita lain berkenaan tajuk entri ini ialah nombor plat kereta taukeh kedai Tayar yg saya telah beli bateri daripadanya. Nombor plat negeri Perak - AAP 4. 'Apa apa pun boleh', kata taukeh kedai tayar itu. Sudah lama dia hendak menjual nombor tersebut. Tahun lepas semasa gambar diatas diambil taukeh itu hendak menjual nombor sahaja dengan harga RM18K. Tetapi minggu lepas sudah naik menjadi RM20K pula. Dan nombor plat tersebut sudah ditukar ke motor kapcai pula.

Tuesday, 28 May 2013

MASAI BUS TERMINAL



Minggu ini saya menaiki bas ekspres dari Masai.

Bertolak pukul 11.17malam di Terminal Bas Teksi dan Arked Masai.

Sebenarnya sudah lama saya tidak menaiki bas ekspres. Keadaan suhu dalam kabin bas memanglah sejuk. Teramat sejuk. Tapi saya sudahpun memakai baju jeket luaran. Cuma kalau saya bawa selimut untuk tutup bahagian kaki mungkin lebih mengurangkan rasa kesejukan tersebut.

Oleh kerana keletihan, saya tertidur semasa bas itu baru saja keluar dari terminal. Tetapi terjaga juga bila tiba di stesen bas Taman Tun Aminah sehinggalah bas mengambil dan menambah penumpang seterusnya di tepi jalan Skudai.

Saya terlena kembali bila bas mula memasuki lebuhraya PLUS. Dan saya hanya tersedar bila bas tiba di simpang keluar Bangi.

Alhamdulillah. Seperti yg saya jangkakan, bas ekspres itu tiba di Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan lebih kurang pada pukul 3.17pagi.

Itulah saja pengalaman serba sedikit saya menaiki bas ekspres.

Monday, 27 May 2013

KAMPUNG PASIR PUTIH



Belum pun hilang penat memandu kereta dari Kuala Lumpur, saya terus mengejar cahaya matahari terbenam di perkampungan Orang Asli Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang.

Di sini saya telah mengambil gambar bersama-sama abg mansam darkroom dan juga bro Mohd Zairo Sany. Bro Akira Nickname juga tiba pada masa saya sudah hendak meninggalkan kawasan penggambaran itu sebab hari pun sudah gelap.

Sunday, 26 May 2013

JAMBATAN WAWASAN BRIDGE



Jadual perjalanan hari ini hanyalah ke pusat beli belah Alamanda sahaja.

Untuk pertama kalinya, saya memasuki parkir dari arah utara pusat beli-belah itu.

Saturday, 25 May 2013

FAJITA TRIO

Tengahari tadi saya sudah pergi ke Midvalley Mall, makan di Restoran Chilis.

Saya membuat pesanan Fajita Trio.

Malam pula saya pergi ke Restoran Mohd Chan Chinese Muslim yg terletak di Taman Melawati. Saya memesan Nasi Goreng Nanas dan Ketam Masak Lada Hitam.

Friday, 24 May 2013

PANTAI RAMBAH



Saya telah pergi ke Pantai Rambah di Pontian pada hari Sabtu yg lepas.

Saya juga berjumpa dengan mamat (atas jeti itu) yg minat fotografi bernama Aliff Lam Mim. Beliau juga empunya blog 47-photography.

Thursday, 23 May 2013

MY FIRST POST




Recently a friend asked me a question that any person that begins blogging will have to answer; What should your first post be about? That first post is terribly important, because it sets the tone for the blog, not just for the readers, but for the writers as well.